Dr. Sarbjit Singh adalah Pakar Perunding Oftalmologi, yang mempunyai
pengalaman luas dalam mendiagnosis dan mengubati penyakit dan kecederaan
yang berkaitan dengan mata serta melakukan pembedahan seperti membuang
katarak, melegakan tekanan yang disebabkan oleh glaukoma, membaik pulih
saluran darah dan kecederaan lain.
Beliau memperolehi ijazah asas dalam bidang perubatan dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1985 dan seterusnya melanjutkan
pengajiannya dalam Oftalmologi di universiti yang sama, menamatkan
pengajian dengan Sarjana dalam Oftalmologi pada tahun 1994.
No comments:
Post a Comment